Laporan Mueller

Laporan Penyiasatan Terhadap Campurtanggan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden 2016 versi suntingan yang telah diedarkan kepada umum oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) pada 18 April 2019

Laporan Mueller (bahasa Inggeris: Mueller Report) atau nama rasminya Report on the Investigation into Russian Interference in the 2016 Presidential Election ("Laporan Penyiasatan Terhadap Campurtanggan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden 2016"), merupakan laporan rasmi yang mendokumenkan penemuan penyiasatan Peguam Khas yang diketuai oleh Robert Mueller, ke atas usaha Rusia untuk campur tangan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016, tuduhan konspirasi atau koordinasi antara kempen presiden Donald Trump dan Rusia, dan tuduhan menghalang keadilan. Laporan tersebut telah dihantarkan dalam bentuk penuhnya ke Peguam Negara William Barr pada 22 Mac 2019[1] sebelum disunting - laporan akhir sebanyak 448 muka surat diedarkan kepada umum oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada 18 April 2019.

  1. ^ Breuninger, Kevin (Mac 22, 2019). "Mueller Probe Ends: Special counsel submits Russia report to Attorney General William Barr". CNBC. Dicapai pada April 18, 2019.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search